Monday, February 11, 2013

Baucer Buku 1 Malaysia


Lately student2 IPT dah mula ambil BB1M masing2 di uni masing2. 




Bagi aku yang masih lagi berjuang di UKM ni (ya i'm a dinosaur that should be placed in museum already), mendapat peluang untuk sekali lagi menikmati BB1M  adalah satu nikmat. Rezeki. Kurniaan dari Tuhan.

Nilainya bukan sedikit. RM250 setelah diupgrade dari RM200 pada tahun lepas. 

Dari RM250 itu, secara puratanya seorang pelajar dapat membeli 2,3 buku rujukan akademik yang serius. Contohnya buku2 kimia aku punya yang dibeli dahulu kala, setiap satu bernilai purata RM100. 

Untuk buku2 yang bukan akademik serius, dengan RM250 tu seorang pelajar akan dapat beli 6 buah buku cerita fiksyen/non-fiksyen. Satu buku RM40 averagely, 6 jadi RM240. 

6 buku. Satu buku around 300 pages. 1800 pages in total averagely. Worth a year reading material (normal speed).

All for free. Percuma, datang dari langit. Tiada se-sen pun yang perlu dibayar. Tidakkah ini satu nikmat dan rezeki? 

Tetapi tidak bagi sesetengah manusia.

Ada yang gelap mata hatinya kerana politik. 

"Ini semua gula2 dari Najib saja untuk buat budak U sokong dia."

"Ceh depa kebaih beratus juta, depa hulur RM250 sorang teruih hangpa semua sayang-cium tangan BN?"

"Tak payah nak bersyukur sangat la. Ni semua memang tanggungjawab kerajaan untuk rakyat. Tak payah nak terima kasih pun."

Ada yang nampak baucer ini sekadar 5 keping kertas tak bernilai. Kerana apa? Kerana tiada rasa cinta pada buku. Tiada rasa sayang pada knowledge yang berlambak pada sesebuah buku. 

Juga ada golongan yang mana bila disebut buku hanya buku akademik yang dia nampak.

"Dah hujung sem, buku apa lagi nak beli. WTF."

Honestly, aku sangat setuju dengan program BB1M ini. Ini adalah satu cara Najib/UMNO/BN nak tolong student2 universiti secara tak langsung. Juga nak upgrade thinking level/knowledge level budak2 universiti.

Kalau diberinya BB1M ni dalam bentuk cash, apa akan jadi? Aku pasti budak2 ni akan guna duit RM250 tu untuk beli kasut baru atau baju baru atau jam baru atau handphone baru (topup duit dari JPA/PTPTN). Atau upgrade PC (untuk segelintir gamer macam aku). Atau pi dating dengan awek kat Genting Highland main seharian. Itu pasti. Hanya yang benar2 suka akan buku saja yang akan berkunjung ke kedai buku dan guna duit itu pada buku. 

Baucer tu juga tak hadkan pembelian pada buku akademik saja. Nak beli buku Ombak Rindu? Silakan. Nak beli magazine Maskulin? Silakan. Nak beli Hunger Games Trilogy? Silakan. Nak beli Fifty Shades Trilogy? Silakan. Nak beli buku kanak2 untuk anak saudara? Silakan. Nak beli pensil dan notepad pun boleh. Ini maknanya budak2 bebas untuk beli bahan bacaan yang dia suka dan prefer. Tak ada syarat2 menyusahkan sepertimana rebat handphone rm200.

Ingat, membaca itu membuka minda. Membaca itu memberi pengetahuan. Education tidak pada hanya theorem pythagoras. Tidak hanya pada Newton's Law. Tidak hanya pada functional group in molecular compund. Tidak hanya pada prinsip perakaunan. Education juga dari sekeliling. Dari peristiwa lalu, kini dan masa depan. 

Bagi yang akan menerima BB1M, gunakan ia sebaik mungkin. Beli buku2 yang diminati, baca dan jangan lupa untuk berterima kasih pada Tuhan setiap kali habis baca setiap buku. Ingat, rezeki yang datang pada hari ini tak semestinya akan ada lagi di masa depan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails