Saturday, September 8, 2012

Kisah Timeline Saya


Bila dah makin membersar, mata kita akan semakin membuka. Membuka memerhati sekeliling. Minda kita akan semakin terbuka. Terbuka untuk mempelajari dan memahami sekeliling. Perkara yang mana pada waktu kita masih kecil, kita tak amik tahu langsung. Sekarang, ia sudah berubah.

Ada satu masa, one of my friend's sister sound saya kaw2 punya sebab tak ambil tahu pasal politik. "Rosak masa depan negara kalau golongan muda tak ambil tahu pasal negara, asyik dengan berhibur." To be honest, pada waktu itu saya sudah mula membuka mata dengan politik. Baca, analisis, dan faham sendiri. However, I didn't bash anyone- any party by using social media on the net because saya ni orang biasa2 saja yang tak suka kawan sama kawan bergaduh hanya kerana politik. Macam mana pun, hasil dari kata2 pedas dia, sekarang ini saya makin rajin meneliti mengikut isu politik semasa. Terima kasih pada dia. Cuma, jangan la hentam teruk2 bila orang lain tak sehaluan ok.

Bila mana kita menulis dalam internet ini, kita kena berhati-hati. Kata orang melayu, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa." Dalam zaman moden ini, bolehlah kita ganti 'kata' dengan 'tulis'. Kena berhati- hati lah bila menulis. Jangan ikut sedap hati, nanti jadi seperti seorang cik engineer yang tersilap langkah.

Anyway, back to the main topic. Of all the politic issues  that are spreading like viral through the internet now, the one topic  i'm hugely interested is...Unity. Perpaduan.

Di mana- mana kita boleh lihat mesej perpaduan. 1Malaysia  dan Malaysian Malaysia adalah motto bagi setiap parti itu. Kata orang melayu lagi, " Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh."  Dalam mana2 zaman/negara pun, perpaduan adalah tunjang kekuatan sesuatu negara.  Tapi bila masuk dalam konteks Malaysia...jujurnya saya cakap ia macam tiada. Mungkin saya salah, atau mungkin saya buta hati. Mungkin saya masih hijau umur dan pengalaman hidup, tapi itulah pendapat saya.  Seperti  tiada satu bond yang kuat antara orang Cina-Melayu-India (ada banyak bangsa lagi, tapi ini 3 biggest races in Malaysia).

I don't want to elaborate more on the reasons why national unity is 'lost' in my eyes. One side will say it's caused by the vernacular schools while the other side will say it's caused by the failure of the government to give proper  care for them. And many other points, and so on, and so on, and so on, bla3~

But i just want to share my view based on my short 23 years of life experience (insyaallah panjang umur lagi). 

This is my simple story, as a moderate melayu boy in Malaysia.

Saya lahir di Alor Star, Kedah. Rumah saya adalah rumah teres, Taman Delima. Taman saya tu, 100% Melayu. Taman sebelah saya (Taman Intan?Taman Derga?Taman Nilam?) adalah taman yang majoritinya adalah Chinese. Tapi saya jarang pergi, sebab coverage basikal saya mengatakan taman itu agak jauh.

I grew up there, making friends with other kids from my neighbours (itupun hanya dua blok/nerai/line teres saja, yang lain terpisah jauh sikit). Our gang members were about 15 , and of course all are malay. Umur 6 tahun, masuk tadika ABIM. Islamik punya tadika. Needless to say, all kids there are Malay.

My primary school, is Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah. National school. As far as i can remember, i had never saw a chinese boy during my 6 years there. I believe Indian boys were there, but very5 little. My whole classes from year 1 to year 6, all students are Malay.

For secondary school, i was first enrolled to Kolej Sultan Abdul Hamid. Kali ni ia berbeza sikit. My batch, the form 1 of 2002 did consist quite a number of chinese students. But unfortunately for me, they were scattered from class B till F, not class A which is my class (masa tu, class belum disusun ikut kemampuan, sebab semua freshie 4As or 5As).  It didn't matter, because 2 months later i was then received an offer to study at SBP , in my case at Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani. Jadi, saya pindah ke sana...

Mad Jiwa ni, kata orang, sekolah budak pandai. Ada jugak yang label sebagai sekolah banyak problem. Ada yang terus cop sebagai sekolah budak jahat sebab banyak kes2 buli. Saya gelak saja bila dengar semua itu sekarang ni.

Ah dah melalut.

Masuk Mad Jiwa, saya masuk kelas 1A4. Student batch saya semuanya Melayu kecuali seorang Indian girl. Jadi sepanjang 5 tahun di sana, semua kawan saya adalah mereka yang di sekeliling saya. Pada masa saya form 2 dan ke atas, kemasukan pelajar Cina/India/Siam semakin banyak (itupun tak lebih 10 orang satu batch). Tetapi itu batch bawah2 lah. Batch saya kekal sebegitu.

5 tahun berlalu, it's time for Matriculation. This is the first time i mingle amongst non-Kedah (haha, kampung sungguh) students since Mad Jiwa tu majoriti orang Kedah. Chinese and Indian students are more visible than during my Mad Jiwa time, it's obvious. Most of them are account students, only a few are Physics or Biology students. My roommates are all Malay. My classmates are all Malay. During big lecture classes, the students sit among their closest friends. So you can guess how it turned out.

Fast forward a year, it's the new phase which is UKM. Here the Chinese and Indian are much more greater in numbers compared to matriculation time but still the Malay are clear majority. Nevermind about that.  I'm a Chemistry students, 1 of the 60 plusminus students in batch 2008-2009. Out of the 60something, about 6 are Chinese and 2 are Indians. The others are Malay. Pola seating kami, adalah mengikut suka hati dan keselesaan which turn out ikut warna kulit. During assignments, again ikut trend yang sama kecuali some of the cases yang memang tak boleh elak.

Oh penempatan kolej/asrama tempat tinggal. Dari saya first year sampai la ke sekarang, my room mate is a malay. Malay with a malay, chinese with a chinese, indian with an indian. There was once when i was at the end of my 2nd year  semester, in order to pick students for staying next semester, a mass interview was held by my residential college. Actually it was a rubbish interview. Anyway, one of the cepumas punya soalan is, "Say-0, would you be willing to have a chinese, or indian roommate?" I said yes no problem.  While i said yes, there were 3,4 of my Malay friends who objected.  And some of the Chinese too. At the end (start of 3rd year 1st semester), the rommate system was still the same. MM, CC, II. Oh ya saya join Kelab Teater kat kolej kediaman tu. Dan ya, semuanya adalah melayu cuma seorang saja lain sikit- mix cina dan indonesia.

Damn, I forget to mention. I'm a basketball player who really started playing when I was in form 1. During my school time, all my team mates are malay. Then move on to matriculation, I have 5 chinese team mates (I was a member of KMJ basketball team for KAKOM). We were quit close. We shared our meal together, usya awek-amoi sama2, tidur share tilam sama2, haha...Almost daily we played together and sometimes we played with other chinese-indian-malay boys too. Back at home, i used to play at a basketball court around Taman Golf/Taman Rimba. Situ, majoriti is malay, with some 3,4 chinese that occassionally came and 2 very persistent indian friends of mine. Badan dia pun dah tough gila sekarang ni, hebat ar~ At UKM, I'm not very active with basketball for certain reasons but whenever i go to play, the polarisation is clear. MM-CC. Sometimes some chinese will join us, sometimes we join the chinese boys.

Well that's what I want to tell. That's the simple timeline of mine, an ordinary malay boy. Hopefully, i shed some lights from my writing and sharing of thoughts here. Apapun, mari kita layan video ini!






Friday, September 7, 2012

Memerhati Secara Ninja


Hari ini baru pulang dari Penang. Pergi Penang untuk singgah2 kat rumah Awi/KakFarah. Kat sana, boleh jumpa Sofea duk degeduk! dan juga boleh memeriahkan suasana rumah yang sunyiiiiiii disebabkan Awi pindah kerja ke Rawang. Tambahan lagi, garden kat tepi rumah dah makin cantik thanks to abah dan mak yang bersemangat perelokkan garden tu. Bawang pun dah tanam.

Oh Pea masih belum menerima PakCik ini. Sedih.... =_='

Anyway, tadi pukul 8 ada jamuan hari raya kat madrasah Taman Cengal. Jaraknya cuma 100 meter dari rumah saya. Dekat saja. Mereka jemput kesemua penduduk2 sekitar untuk datang. Mak pun dah bagi sumbangan sikit2, makanya wajib untuk kami pergi. Kalau tak, rugi namanya. 

Jadi, pukul 8 saya dan mak mula bergerak. Abah tak pi, sebab letih cycling 2 jam lamanya dari pukul 6 tadi. 

Sampai saja, jemaah semua baru keluar dari masjid. Kelihatan pakcik2 semua dengan lebai, serban, jubah, janggut tebal, misai, jambang, dahi berkesan hitam membuatkan saya terasa menyesal shave muka semalam. Seterusnya, dengan muka serius dan dedicated, saya terus menuju ke ruangan satay. Ambil satay sepinggan (6cucuk), bergerak pula ke ruangan kuey tiow. Ambil kuey tiow sepinggan. Bergerak pula ke ruang air. Ambil air secawan. Bergerak pula ke ruang pisang. Ambil pisang seulas. Bergerak ke tempat duduk bermeja. 

Apa lagi, terus makan.

Sambil makan tu, boleh la dengar2 pakcik2 sebelah sedang sembang pasal apa. Actually, saya tak kenal seorang pun pakcik2 tu. Muka diorang memang saya familiar, tapi nama saya tak tau pun. Tambahan pula, saya bukanlah ahlul madrasah itu, bertambah tak kenal lah saya dengan mereka. Nevermind, saya pasang telinga saja terhadap apa yang mereka diskusi kan.

Mula2, dibincangnya pasal kes DSAI dibaling kasut dalam masjid. Kata mereka, ceramah tu bukan ceramah  politik pun, nak halau buat apa? Kalau tak dapat tauliah, habis tu Najib pernah bagi tazkirah kat satu masjid tu, geng2 Perkasa tak mau halau ka?

Saya senyum sambil khusyuk mengunyah kuey tiow.

Seterusnya, dibicarakan tentang BP iaitu BloodPressure. Ada seorang pakcik ni, dia kata BP dia tinggi. 100 lebih dari time puasa. Lepas puasa terus naik lagi. Kemudian dia salahkan makan. Dan kenduri. Katanya kenduri ada hari-hari. Baru nak turun, dah kena pi kenduri. "Sampai bila nak turun BP camni?" komplen pakcik itu sambil makan pisang.

Saya senyum sambil khusyuk kunyah satay.

Habis selesai makan kueytiow dan satay dan pisang dan segelas air, saya bangkit dan ambil kesemuanya untuk round kedua. Mohon maaf, saya memang lapar tadi.

Selesai round kedua, saya terus ambilkan sepinggan kueytiow dan 5 cucuk satay (1 cucuk dah dimakan dalam perjalanan) untuk bawa balik ke rumah bagi kat abah. Anak yang baik adalah anak yang ingat kat abah depa. 

Maka selesailah kisah lone-ranger pergi ke jamuan raya anjuran madrasah dekat rumah saya.

Saya masih tersenyum bila terkenangkan jamuan raya ini.

Sekarang saya faham kenapa certain orang agak keberatan untuk pergi event sebegitu.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails