Thursday, June 14, 2012

Boxing

Rasanya semua sudah sedia maklum yang aku ni peminat tegar permainan visual elektronik bernama Tekken, terutamanya Tekken 6. As i said before, Tekken is one hell of a fighting game that i will keep on playing and playing and playing till i die maybe? Haha, anyway lately one interest had emerged from playing Tekken. Which is...boxing!

Apa itu Boxing?




Well, boxing tu satu jenis sukan yang bagi aku agak dahsyat dan kasar. Ia melibatkan dua peserta masuk dalam gelanggang (ring) dan bertumbuklah (tumbuk saja, siku-lutut-tendang tak boleh) sampai salah seorang K.O. Kalau tak K.O, kira ikut point pula untuk decide siapa menang. So, itu basic concept for boxing lah.

In detail, setiap boxer tu akan ada pengkelasan berat tersendiri. Dari serendah-rendah mini flyweight (limit 47.6kg) sampai lah ke heavyweight (90.8kg to infinity), ada 17 kelas semuanya. Jadi, katakan seorang boxer tu beratnya adalah 56 kg, maka dia akan bertanding dalam kategori kelas featherweight saja. Tak boleh fight boxer lain yang kelas berat lain, melainkan dia comply berat tu (buff up or thin down). Setiap weight class ni ada championship sendiri. Featherweight champion, Junior Welterweight champion dan seterusnya lah.

Ok, bila fight, ada bilangan round tersendiri. Paling banyak sampai 12 round, dan paling sikit hanya ada 4 round. Setiap round adalah 3 minit, dan interval untuk setiap round adalah 1 minit untuk rehat, cuci luka, bagi strategi dan mungkin gelak puas (untuk yang sedang menang, haha). Setiap boxer akan ada corner sendiri (whether blue or red), dan kat corner ni lah diorang akan rehat. Bila berlawan, setiap boxer wajib pakai boxing glove, mouthpiece, boxer trunk and boxing boot. Mouthpiece tu sangat penting...untuk mengelakkan patah gigi dan worst, tergigit lidah. Boleh mati wo.

System point dia..agak pening sikit. Basically, seorang boxer tu akan diberi 10 points pada setiap round. 10 point untuk pemenang, dan 9 point untuk loser. Kalau judge rasa dua2 sama hebat, maka dapatlah 10-10. Kalau satu round tu, blue boxer losing the round, plus kena 1 knockdown lagi, maka point adalah 10-8. Ha macam tu la. Tapi ini semua hanya point based punya game, untuk turn the table around, just K.O that guy. Tak kisahlah 5 round sebelum ni kena pukul teruk, tapi kalau pada round ke-6 boleh K.O the opponent, then you win!

Ok, cukuplah kajian perpustakaan tentang boxing, next. Why I like boxing?

Steve Fox!


Ini garang sangat, tapi bolehlah


It all thanks to Steve Fox. This super-uber-cool Boxer from Britain really punch his way through my heart! Jika diikutkan sejarah, aku bukanlah pengguna Steve pun dalam Tekken tu. Tapi one day setelah bosan dengan Christie (terlalu banyak menang), maka aku mencari2 character baru untuk guna. Dalam pencarian tu, aku meletakkan ciri2 seperti berikut sebagai guideline- lelaki (christie tu perempuan, tukar selera pulak) , banyak guna tangan (christie 90% guna kaki), pantas, kejam dan heavily damaging attacks. Sedang mencari2 tu, tiba2 teringat kat abang aku yang selalu guna Steve. Lets give it a try...

Maka bermulalah aku meneroka Steve, from basic Jabs sampailah ke juggling combos. Memang seronok bila belajar character baru ni, apatah lagi character tu memang kita suka. It's like one journey. Today learn 5 moves, and master it. Tomorrow move to another 5. Lusa dan tulat tak main langsung. The next day sambung lagi. Haha, best, memang best.

Dan ternyata, pilihan aku untuk mempelajari Steve adalah pilihan yang tepat. Kenapa? Sebab dia super uber cool weh! Firstly, dia punya physical appearance dah cukup power. Strong, confidence face, gangster-like hair, well built body, long legs and of course muscular hands. Secondly...his moves and attacks are just pure power-precision-ruthless. Senang cerita, sila layan video di bawah.


Sekarang ni bilamana aku g arked, mesti akan main Tekken guna Steve dulu. Only when the opponent is too strong (transition dari button controller biasa pada arked stick mampu mengurangkan 50% efficiency anda jika tak biasa) i'll use Christie, hehe.

Hajima No Ippo!!

This one manga is equivalent to Slam Dunk and Eyeshield 21. Or perhaps, just SlamDunk since ES21 is a bit exaggerated and too flashy. Doesn't matter, this one A MUST READ for all manga readers. WAJIB.

Komik ni mengisahkan tentang Makunouchi Ippo seorang budak sekolah menengah yang baik sangat dan selalu kena buli. One day waktu kena buli, ada seorang boxer sedang lalu di sebelah, halau pembuli2 tu. Start dari situ, Ippo mula kenal akan boxing. Since then, he commit himself full course to boxing. Everyday he's doing boxing. So...from total beginner he rise to the top. Sepanjang perjalanan tu, macam2 yang dia lalui- friendship, rivalry, goals, dreams, obstacles, limits, dirty jokes and of course, some love and a girl. 

Apa yang buatkan komik ni super menarik adalah- it is totally boxing. Kalau anda baca komik ni, memang anda akan tahu banyak pasal boxing. You can learn boxing through this comic, just like learning basketball through SlamDunk. Selain itu, ia akan membuka mata bahawa boxing ini sangatlah seksa. Untuk average training, dia ada macam 2 part. Roadwork dan gym session. Roadwork adalah lari dan shadow boxing dan any body exercises kat luar, gym session adalah precise and detailed training untuk asah boxing skills. Secara mudahnya, saya sangat kagum dengan boxer2 yang berbulan2 training like hell semata2 untuk bertahan selama 15 minit dalam gelanggang. 

Dengan baca komik ni, insyaallah anda akan bersemangat untuk workout or do the roadwork. Seriously, this manga really is a great motivator for those lazy asses. Semangat wo bila tengok Ippo, Kimura, Takamura and the gang lari non stop, sit up, crunches, basah2 peluh and hasilnya...superbly ripped body. Haha~~satu motivasi tu!

And of course, the boxing part. Sangat dramatik. Kalau tengok pada live boxing dalam tv, kita takkan dapat detect jenis punches yang diorang bagi, teknik apa diorang defend. Dengan baca komik ni, kita tahu macam2. Dari sebasic Jab sampailah ke Dempsey Roll. Action dan drama dalam komik ni memang tiptop. Dalam sedang jatuh kena heavy punch, boleh lagi dialog satu perenggan dan flashback ke masa buat roadwork sorang2, terus tahan kaki, tak jatuh malah bagi satu lagi heavy punch pulak pada opponent tu. Only in manga.

Characters dalam manga ni juga best. Dari typical humble hero Ippo (read-Sena in ES21) , cold brother- like rivalry Miyata (read-Rokawa in SD), respected but crazy senpai Takamura (read-Hiruma in ES21), powerful rival Sandou (read- Sendoh in SD) and powerful antagonist Sawamura (read- Minori Kishimoto in SD) semuanya ada strong reasons dan drive untuk succeed dalam boxing. To follow these characters development is somewhat..touching. Just like in ES21 and SD. 

Real Life Boxing

So far I've never watched a full real life boxing in tv. Just some highlights clips in Youtube. Still that's enough for me to have a glimpse of what boxing look like in real life. The answer? A bit disappointed...=_=' Because as i said before, in real life all those slow-mo dialogs between punches are non-existent. Plus, the technical side of boxing like offense and defense  are hardly distinguishable. Payah nak detect...nampak macam main hayun ja tangan tu, haha~

Anyway, aku ada la sikit tengok video2 Muhammad Ali, Mike Tyson dan Manny Pacquiaou. Legendary fighters who won countless titles.

Muhammad Ali, The Greatest.
Oh, one last reason why i like boxing- because it's pure strength and pain. Hayun, tumbuk,berdarah mulut. Berdarah dahi, Broken jaw, broken fist. Cuts everywhere. Memang kejam, but interesting. Maybe zaman dulu ada gladiator, sekarang dah di-civilizedkan sehingga ke tahap boxing. Mungkin in the next 20 years, boxers akan digantikan dengan robot2 boxing meka sepertimana dalam Real Steel? Who knows, haha~

For the time being, i want to enjoy Hajime no Ippo, Steve Fox and keep on watching boxing videos in Youtube. Nanti balik rumah boleh tengok boxing kat astro, yeah!

Saturday, June 2, 2012

Dilema Melayu, K-Pop dan Bandwagon

Sabtu lepas aku dan 2 lagi kawan aku telah secara trio brothers pergi ke Hari Belia Negara kat Putrajaya. Motivasinya simple saja, my mum keep telling me to go, so I go lah. Seriously, at first I thought this HBN is just another carnival. But it's not. Damn mega punya karnival. The mother of all karnival in Malaysia. Entah berapa ratus khemah diorang pacak, berapa puluh stage diorang sediakan.

Sepanjang jalan2 tu, kami cuba untuk cover sebanyak mungkin gerai2 yang ada. Tujuan utama, cari gerai buku FIXI. Akhirnya, jumpa! Tapi tersembunyi kat celah2 laluan bangunan Kementerian Belia dan Sukan. Fuh puas, again duit habis untuk buku. "That's okay, books are good," is what i keep on telling myself, haha.

Anyway, pada main stage, persiapan sedang sibuk dijalankan. Time tu dalam pukul 7. Dah ada dekat seratus orang duk tunggu kat depan sekali. Hairan, minat sungguh menunggu. Bila tanya brother gerai kat sebelah, dia kata malam tu K-Pop punya show. Owh patutla...

Esoknya,

Dalam FB bising dan kecoh. " K-Pop didahulukan dari ceramah agama Ustaz Azhar Idrus kat PICC (putrajaya international convention center)!!"

Dari situ, meleret pula pada "kerajaan menyajikan maksiat kepada rakyat! maksiat!maksiat!maksiat!" Lagi, "Remaja kita rosak akhlak dan iman angkara K-pop!!" Tak lupa, "Gadis2 melayu obses dengan K-pop! Mereka lupa diri!"

And macam2 lagi. Kesannya? K-Pop sekarang ni dianggap sebagai syaitan besar dan punca utama anak2 gadis melayu (islam) hilang akal dan rendah iman.

Hm..lets review apa itu K-Pop. Baiklah, ini fresh 100% dari pengetahuan aku tanpa rujuk mana2 sumber. K-Pop ni, satu brand pop yang dibawak dari Korean punya entertainment industry untuk melebarkan pengaruh di samping money milking.Dari tahun bila mula, aku tak tahu. Tapi rasanya dalam kebelakang ni dalam tahun 2008 camtu dah mula naik sikit2. Korean entertainment ni ada banyak cabang, macam lah entertainment dari negara2 lain. Ada nyanyian, drama, tv show, movie. Dan k-pop ni sangat sinonim dengan bidang nyanyian. Meaning, artis2 nyanyian sama ada solo mahupun kumpulan.

Paling busuk, korang mesti pernah dengan group SNSD kan? Super Juniors, Big Bang, Wondergirls. Ha itu contoh K-pop icon yang famous. Anyway, diorang ni sangat berjaya secara international. Brand K-pop ni diorang bawak sampai ke serata dunia. Dari Korea merebak ke Eropah, Amerika, Asia dan semestinya Malaysia.

Ciri2 K-pop ni sangat typical bagi aku. Muka mesti hensem/cute/comel tahap bidadari-bidadara syurga. Body wajib solid. Lagu diorang mostly adalah autotune dan banyak computerized punya fixed. Bila perform live, tarian diorang adalah penarik utama. Kalau lelaki, memang kacak dan maskulin habis. Kalau perempuan, memang comel habis, dan kadang2 sexy.

Personally, aku tak suka K-pop. Sebab ia sangat plastik dan indifferent antara satu sama lain. Muka operate, mekap tebal, lagu autotune...ha tu antara punca2 aku tak berkenan dengan K-pop. Sesungguhnya J-Rock is much much much much awesome dan kick ass dari k-pop. Well, thats my opinion.

Berbalik pada isu asal,

Entah celah mana teruknya, k-pop dah dilabel sebagai perosak akhlak dan iman anak2 muda. I was like...again?

If you remember vividly, dulu2 pernah ada isu Black Metal pada area tahun 2000 sampai 2004 camtu. Satu Malaysia lancar perang dengan Black Metal. Mastika, Utusan, TV3, Al Islam, ceramah agama, pakcik2 kedai kopi, brader teksi, semua blame Black Metal sebagai punca masalah sosial dan akhlak remaja. Efeknya? Sampai ke genre2 muzik lain yang takdak kena mengena pun kena tempias. Asal ada gig je, mesti kena rush. Main gitar je, "ah tu black metal la!" Pakai baju t-shirt hitam, seluar jeans hitam je, "ni sah black metal punya budak."

But it didn't stop there.

Bila Black Metal dah sejuk, benda lain pulak dijadikan isu. Artis barat lain diharamkan masuk Malaysia sebab terlalu seksi dan ia menjadi punca akhlak remaja islam jatuh dan rosak. Antara yang kena- Beyonce dan Gwen Stefani. Yang Beyonce rasanya dia cancel concert tu, yang Gwen Stefani rasanya dia comply dengan rule, dan dia memang pakai baju yang menutup aurat kecuali kepala.

Sekarang ni, K-pop is the victim.

Now, i realize there was one trending between those cases. Bila ada artis luar nak buat show, bisinglah mereka dengan kata inilah punca orang melayu dan islam lemah iman dan rosak akhlak. Datang black metal, kena tuduh. Datang Beyonce/ Avril/ Gwen Steffani, kena tuduh. Datang K-Pop, kena tuduh. Persoalannya, kenapa tuding jari dan salahkan pihak luar bila mana kita sendiri tak tahu jaga diri? Its like...you blame the exam and the lecturer bila fail satu2 paper. Tak nak ngaku yang sendiri itu tak cukup persediaan, atau memang tak cukup pandai untuk satu2 paper tu.

Oh forget to say, antara semua punca2 kat atas tu, K-pop punya show adalah paling minimal sexiness dan bahaya content nya. Still, punca rosak akhlak dan budaya?

Bagi aku, tak salah untuk minat apa2 pun. Minat Black Metal ke, Punk ke, Rock, Dangdut, Pop, Hindustan, K-pop ke, its okay as long as you don't over commit yourself dan lupa akan tanggungjawab dan diri itu sendiri. Aku ada ramai saja kenalan yang minat black metal, minat punk dan kaki gig dulu2. Sekarang dah kawin dan ada anak lagi. Oh masa muda2 dulu, diorang semua okay dan tak pernah perlekeh islam. Kalau jalan2 dengan diorang, mesti berhenti untuk sembahyang 5 waktu. How cool was that? Sembahyang tak tinggal, alquran baca weekly, telefon mak ayah seminggu sekali, that's basically okay and enough. Kalau anda buat lebih, tambah ceramah agama sikit dan majlis usrah sikit, lagi bagus. So, what's the deal if you know you done what needed to be done?

On the side story, about K-pop. I found this statement from Facebook. Mula2 baca "oh k-pop, okay i know...." then lama sket, "what? kenapa dia jawab camtu?"

Here's the thing,




Okay, i really facepalm dengan jawapan 1st dan 2nd dia. I understand niat sebenar dia cumalah ini- jangan berlebih2 sangat dan berfanatik sangat. Tapi, how could you label  "ee...hensemnya pelakon korea dan penyanyi k-pop tu...minat sangat2. comel!!..lepas ni boleh la belajar bahasa korealah. nanti pergi konsert kpop.boleh cakap korea.saranghyeo oppa!!" as berlebih?

And jawapan yang diberi, sangat mendukacitakan (bagi aku). Apa salahnya belajar bahasa asing selain bahasa arab? I know that in syurga the language is arab, but does that means you cannot learn other languages just because those other languages bukannya bahasa arab? It's like one dilemma orang Islam. Bila ada usaha belajar bahasa asing bukan arab, nanti dengarla suara2 halus sumbang syahdu gemersik "baik ko belajar bahasa arab, bahasa syurga tu."

What? There's no freedom of choice anymore? 

Oh one more thing. Apa itu definisi mutlak bagi 'jangan berlebih2/fanatik'? It's a relative perspective up to each and everyone's opinion. Say that...you are a fan of manga. Ko beli semua manga yang ko minat, beli semuanya. Jumlah perbelanjaan semua komik tu (setelah 5 tahun punya koleksi), RM3000. Is it berlebihan? Bagi bukan peminat komik- yes, bazirnya. Baik ko derma surau (again, this cliche baik ko 'holy deeds' dengan duit tu') ke, atau ko simpan dalam bank ke. Tapi untuk komik fans, it was a treasure for them. Setiap bulan keluarkan sampai RM50, sanggup makan maggi saja untuk seminggu, takda hal. Kepuasan dan minat tu ada. Jadi, mana yang berlebihan nya?

K-pop fans fanatik dan over minat? How you define over minat tu? Bayar RM200 untuk tiket konsert diorang? It's RM200 for a year at much. Kadang2, tak ada peluang langsung. What's the problem? Kecuali dia beli tiket, lepas tu takda duit nak makan asyik pulak pinjam duit kawan, itu patut diceramah. Back to the define tu, over kalau terlompat2 terjerit2? Semua konsert akan terlompat2 terjerit2. Aku pergi gig dulu, semua band favourite aku bila perform semuanya aku terlompat2 dan terjerit2. Is it wrong? Normal lah, spontaneous reactions bila your favourite artist are real in front of your eyes and playing your favourite songs. Namanya konsert dan gig, bukannya ceramah agama. Kalau pergi ceramah Ustaz AI pastu ada 5,6 orang terlompat2 terjerit2 ha yang tu lojik untuk diceramahkan juga.

In all, bagi aku it's up to that person to manage dia punya tahap minat. Nak minat, minatlah. Nak jerit, jeritlah. Nak lompat, lompatlah. Nak beli tiket konsert, beli lah. Nak nyanyi lagu Korea, nyanyilah. Nak belajar bahasa Korea, belajarlah. Itu hak dia, pilihan dia. Asalkan jangan over commit dan lupa tanggungjawab diri tu. As long as you don't cross the line in which that line you should define it through your own conditions and understanding regarding yourself, your image and your religion.

Masing- masing orang, masing-masing pendapat. Ini hanya pendapat aku sahaja. Mungkin kamu akan nampak aku ni seakan benar2 pertahankan fan Kpop ni. Bukan, aku juga geli teruk bila tengok ada group Malaysian K-pop. Tapi, apa salah mereka yang minat Kpop sampai kena hentam teruk2 di internet dan paper? You just can't bash someone's hobby and interest just for the cause of joining the internet bandwagon. Be sensible, and we shall spread respect amongst each other. 

Peace. Assalamualaikum.



-End of story-






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails