Tak payah intro panjang- panjang. Straight and direct is the best. Ok. Semalam hari Jumaat bertarikh 9 Oktober 2011 aku bersama Ismeth Azril Shamsudin dan Arif Farhan bin Abd. Rani telah secara berjemaah pergi menghadirkan diri ke Big Bad Wolf (BBW) Book Festival yang mana bertempat di dewan A perkarangan kompleks MARDI dalam UPM. Ok alamat tu buat sendiri saja tapi betul, memang dalam UPM ada MARDI center dan ada 4 dewan lagi besar dari DECTAR UKM.
Cool logo Asalnya, kami terlebih dahulu pergi ke Mines untuk...well, main Tekken, tukar CD game dan beli henpon baru (Arif). Malang bagi Arif, henpon di Mines terlalu outdated untuk memenuhi nafsunya manakala syukur bagi Iskandar kerana kombo Christie yang dilatihnya saban minggu lepas menggunakan PSP hakmilik Izan Muslimin telah berjaya dizahirkan dalam bentuk arked pula. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Maka selesai saja urusan di Mines, tanpa melengahkan masa kami direct gerak ke dalam UPM. Tapi aneh, apa satu banner-kain rentang- signboard pasal BBW pun tak ada dalam UPM. Kegusaran di hati mula melanda. Apakah aku ini yang memandai- mandai assume "oh mesti dalam ni punya, aku pi yang MAHA dulu memang situ saja ada dewan besaq mampu muat 1.5 juta buku. Kompem!" Apapun, kami cuba juga masuk ke pusat MARDI itu.
Ternyata telahan aku berasas.
Tapi direction masih lagi bangang. Ada 4 dewan besar jarak boleh tahan jauh jugak kena jalan kaki. Parkingnya pun banyak, tapi tak tahu mana satu yang paling dekat dengan dewan-yang-mana-satu. Gamble. Park saja sebelah dewan D sebab nampak ada 2 budak cina jalan dengan setiap seorangnya pegang 2 plastik besar penuh berisi. Kami terkesima. Senggama minda sungguh. Beli buku ke beli sayur ni??? Apapun, tekaan kami salah kali ini. Rupanya dewan A tempat BBW berlangsung. Cis, letih sungguh naik turun tangga naik turun bukit apa semua tu.
Ketika hati memaki- maki penganjur, kami sudah hampir dengan pintu masuk. Mengintai dari jauh, nampak buku-buku dan meja- meja tersusun. Hati mula memuji- muji. Sebaik saja melangkah masuk...
YA ALLAH GRAND GILA!
Kamu mesti tak dapat bayangkan ni... Just imagine, 1.5 million books are allocated throughout this event. Dewan dia punyalah panjang, kalau KTAMS punya kepanjangan, paling kurang 2 kali ganda juga. Paling kurang tu. And books are everywhere. Ada banyak sungguh kategori. Let me list them down
1. Children
2. Young adult
3. Romance
4. Biograh/ Memoir
5. History
6. Fiction
7. Non- Fiction
8. Science
9. Cooking
10. Pets/ Leisure
11. Coffee table books
12. Complete idiot guides (XYXYXX for dummies)
13. Star/movies
14. Sports
15. Computers
And so much more that i might had forgotten.
Yeah like this. Absolutely.
Feeling aku? Forking heaven mate. Sepanjang first 15 minutes I just can't stop smiling. And so do the others. Semua orang yang baru masuk sama saja, akan bermuka excited macam baru jumpa goldmine. Tetapi kebahagiaan tidak terhenti di situ saja. Bila belek buku yang ada, harga cuma RM8. Apa senggamanya bila buku hardcover setebal Yellow pages tu harga RM8 saja??? Kalau kat Popular, atau MPH, atau Borders, mau RM60 paling cikai. Fork fork fork. Damn excited.
Dari senyum bahagia jadi pening kepala pula. Terlalu banyak buku yang interesting sampai tak tau nak beli yang mana satu. Contohnya macam ni. I had finished Raymond Khoury's The Last Templar about 2 years ago. Then I went searching for his other books but to find nothing. Tapi kat BBW ni, ada lagi 2 yang Raymond punya buku- The Sign dan juga The Sanctuary. Pergh kalau kat Pacific paling bodo pun harga RM33 untuk satu. Sini? RM8. Shit.
Ke-murahan harga buku- buku di sini membuatkan Arif pergi kepada urusetia dan menunjukkan buku tebal hard-cover sambil bertanya, "Miss, buku ni betul ke RM8?" Miss tu jawab, " Ya betul betul..8 saja.." Uarrghhhh~~!!! Beliau terus menelefon aweknya dan 2 jam kemudian habis satu siri novel bahagian young adult yang berjumlah 7 buku dia angkut. Semuanya aweknya punya katanya. Hahahaha.
Ismeth pula berlegar-legar di kawasan young adult, lagi perinci-bahagian novel fiksyen serius. 2 jam kemudian, beliau memegang 3 buah buku tetapi gusar jelas di wajahnya. Sebabnya, "Aku tak sure aku mampu ke tak habiskan buku-buku ni"
Aku? Yeah aku buat satu pusingan scanning area dulu. Then baru pergi bahagian yang menarik nafsu dan minat aku.
First jalan- jalan bahagian History. Ya Allah banyak sungguh buku yang best!
Kemudian ke bahagian buku- buku perang. Masyaallah sungguh banyak buku yang menarik!
Kemudian ke bahagian biography. Astaghfirullahalazim banyak sungguh buku yang best!
Kemudian ke bahagian buku-buku true story. Subhanallah banyak sungguh buku yang superb!
Kemudian ke bahagian buku fiction. Lailahaillallah banyak sungguh novel yang awesome!!
Masyallah!! Masyallah!!
Teringatkan kepada abah aku yang memang suka buku- buku perang, aku terus call beliau. Hasilnya, 4 buku aku angkut untuk beliau. Abang sulung aku, Awi pulak macam biasa saja response. Cuma bagi nasihat suruh pilih betul- betul, jangan terbeli buku yang bosan pulak. Baik boss.
Akhirnya, aku angkut 10 buku kesemuanya. Nasib baik ada Arif. Dia ada duit lebih. Pembelian lari bajet.
This is crazy This is madness
Cakap pasal duit. Actually, event hari itu macam sudah disusun takdirnya. I had no idea whatsoever about this serigala jahat ni. Luckily that Friday morning I felt like going to the library (which is rare for me going to library on Friday morning). Luckily,I felt like flipping through the Life & Style pages in NST at the newspapers section. or else to hell I'm going to know this BBW event. Luckily, I asked Arif whether he's interested to follow or else I'll be riding my bike and have some struggling riding back to UKM session with loads of books. Luckily, Arif didn't find the suitable handphone at Mines or else without his handphone money i had to reduce the books from 10 to 9, 8 maybe? Seriously, it was a series of unthinkable events and effects that happen one after another that made me went back to UKM with 10 books and a very broad smile on my face. Thank you Allah=)
So kepada bookworm nerds yang ada terbaca entry ni, apa lagi tunggu- tunggu. Plan siap-siap dulu. Sediakan bajet berapa yang mahu. Jujurnya, kalau mampu dan nafsu membaca tu tahap kronik punya addicted, sediakan paling kurang RM100.
Then listkan buku apa yang mahu dicari. Pakai baju yang selesa, kasut yang selesa kerana anda akan berdiri lama nanti. Pergi toilet awal- awal. Then kalau hensem lagi, bawak troli mini tu. Kalau tak ada, stroller baby pun boleh! Bawak beg galas macam budak sekolah tu sekali, senang nak simpan buku bila dah beli.
Pergilah. Event ni sampai 16 Oktober katanya. Setakat semalam hari pertama pun buku Elvis dah habis. Come on, where else can you find a supposedly RM60 books are sold at RM8?