Manusia itu unik. Terdiri dari jutaan sel yang membentuk jasad yang kompleks komplikasinya. Nyawanya pula ditiupkan roh kepada jasad. Maka lengkaplah satu insan manusia, sedia dan mantap untup hidup di muka bumi ini.
Namun tidak semua keunikan manusia ini membuatkan ia menjadi satu makhluk yang sempurna. Ya benar memang manusia itu hampir sempurna jika dilihat secara mudah. Tetapi manusia ada macam- macam kelemahan. Salah satu kelemahannya-
Hatinya.
Di situ bermulanya pelbagai perasaan. Biarpun otak yang memproses segala rasa/deria, namun bila dizahirkan- hati juga tempat yang terasa.
Sebab itu ada pelbagai simpulan bahasa yang berkaitan hati. Baik hati, sakit hati, makan hati.
Busuk hati.
Busuk hati boleh jadi dari pelbagai perkara dan punca. Orangnya pula memang berperangai dan berkelakuan yang mengarah pada hati busuk. Namun demikian, terdapat satu daripada pelbagai punca yang boleh mengarah pada busuk hati ini. Tak lain dan tak bukan- tikam belakang a.k.a backstabber.
Kadang-kadang yang berkelakuan backstabber ini tidak sedar akan apa yang dibuatnya. Kadang- kadang bukannya niat dia mahu menikam belakang orang. Kadang-kadang dia hanya mahu bercerita untuk mendapat pendapat orang lain selain meringankan beban di dada mungkin.
Tetapi selalu yang dia tidak sedar bahawa kelakuannya itu akan memakan diri orang lain. Akan memberi impak maksima kepada orang lain. Akan membuatkan orang lain itu mengalami heart break tahap tertinggi. Mengapa?
Kerana orang itu percaya pada si pelaku tadi. Kepercayaan diberi. Kepercayaan membawa kepada persahabatan. Kepercayaan membawa kepada perkongsian. Biarpun perkara yang dikongsi itu penuh kontroversi dan provokasi mungkin, tetapi orang itu tetap berkongsikannya.
Mengapa? Sebab dia percaya.
Tetapi apabila dirinya diketahui ditikam dari belakang, apa yang boleh orang itu buat?
Hendak dirawat-sukar. Tak tercapai tangan ke arah belakang. Hendak disembunyikan- mustahil. Semua orang nampak akan pisau yang tercucuk dan darah yang meleleh di tempat yang ditikam.
Dia hanya mampu biarkan pisau dan luka itu kekal. Sebagai trofi, sebagai peringatan.
Sebagai objek amarah.