Friday, July 30, 2010

Optimism

Masuk hari ni dah boleh kata genap sebulan aku tinggal dalam bilik single. Selama 2 tahun (5 semester) aku duduk dalam bilik ber-rumet a.k.a double. Macam2 sudah aku rasa dalam 5 semester tu. Macam2 perangai aku nampak, macam2 situasi aku lalui. Semua tu takkan aku lupa.

Semester baru ini, aku dapat bilik single. Memang waktu isi borang online mintak bilik single. Reason nak single? Nak rasa aman, nak rasa total control. Dengan kata lain, nak jadi sami bertapa dalam gua.

Bunyi macam sombong kan? Bajet kool la duduk sorang2? Bajet aku sorang yang baik, bilik kat atas tu bising? Budak2 kat atas banyak ganggu privacy?

Tidak sama sekali.

Aku mengaku selama kat atas memang banyak benda2 bising yang aku buat. Aku banyak gelak kuat2, sembang gila2, main PES jerit macam tengok bola live.. Semua tu contributed by my own self juga.

Mahu tak mahu, aku kena buat keputusan. Kena stay away dari semua tu. Aku suka kawan2 aku kat blok atas, tapi jiwa aku jenis banyak menyendiri. Aku lebih enjoy habiskan spare time sorang2. Itu sebabnya aku mintak bilik single. Tapi my main objective is

I want to improve my life, gradually if not drastically.

Aku mahu jadi lebih rajin dari dulu. Aku mahu kurangkan kadar solat tertinggal. Aku mahu kurangkan dosa2 duniawi. Aku mahu jadi lebih berdisiplin. Tak mungkin aku menjadi perfect, tapi sekurang- kurangnya I want to be better than before.

Mungkin sudah terlambat, atau mungkin agak terlewat. Tapi aku percaya pepatah better late than never isn't made for nothing. Ada kebenarannya, ada maknanya. Malah, Allah S.A.W pernah berfirman:

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
(Ar-Ra’du:11)

And I believe in God's words.

Sunday, July 25, 2010

Rejuvenated

Ada sesiapa yang pernah tengok persembahan teater? Tak kisah teater peringkat sekolah, kolej, universiti, majlis kebudayaan negeri hatta teater di Istana Budaya sekalipun. Persoalannya kekal,

Pernah tengok teater tak?

Pernah? Bagus!! Teater apa yang korang tengok tu? Tajuk ape? Best tak? Haha..aku berani jamin tak kira lah best atau boring, yang pasti korang mesti at least rasa 'thrilled' tambah2 lagi yang first teater korang tengok kan?

Tak pernah? hm...takpe. Banyak persembahan teater yang ada kat Malaysia ni. Boleh kata tiap2 minggu ada. Contohnya, cuba klik sini, adala sikit2 dilistkan show teater sekitar KL. Tu baru KL, tak lain tempat lagi. So, kalau2 rajin pergi lah tengok, sebab

Memang seronok dan korang tak akan rugi.

Sebenarnya aku juga suka tengok show teater. Tapi baru2 ni aku seperti lupa akan 'tarikan' atau 'seni' teater itu sendiri. Semalam aku bersama beberapa teman bersusah payah meredah hujan semata-mata nak pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka nak tengok satu show teater PERCUMA bertajuk JalanG Belakang Bukit Bintang.

Memang tak payah bayar. Percuma je. Kena lah dengan nama bilik persembahan tu, Stor Teater. "Stor je? biar betul.." Memang aku ragu2 mulanya. Alang2 dah redah hujan malam2, please make this worth it.

Dan tak tersangka, the show was worth every drop of rain fell to me. Even more.

Seriously, show semalam memang the best ever show i had ever seen. Kalah Burhan, kalah KDO, kalah Love Suicide, kalah Superptuih, kalah segala-galanya. Lakonan mantap, expression sampai, storyline best, artistik value tinggi, absurd pun banyak. Make-up simple je, tapi pembawaan watak sempoi.. Chorus diorang pun menjadi, sangat menjadi. Penting sekali, mesej diorang sampai.

Ah, to make it short, memang show semalam adalah show teater paling best pernah aku tengok selama ni. Aku kagum dengan produksi mereka. Sangat mantap.

Bila kenang balik, aku rasa aku macam budak kecik dalam movie2 Hollywood yang ayah dia bawak budak tu gi tengok teater / circus/ music show..budak tu rasa teruja n inspired gila..

Rasa tarikan dan seni teater tu aku dah ingat kembali. Terima kasih JalanG Belakang Bukit Bintang.

Wednesday, July 21, 2010

Sedang Cuba

Ok, kali ini memang aku kena tough. Bukan tough dari aspek body yang kuat, tapi tough mentally and emotionally.

Tak lupa juga spiritually.

Semalam dah decide, semalam dah declare. Minta maaf, beribu-ribu maaf aku ucapkan pada mereka kalau mereka terkecewa dengan aku. Kalau mereka rasa let down by my decision.

Sesungguhnya, amat berat untuk aku declare semalam. Terasa macam nak confess "I love you" kat awek pun ada. Bukannya apa, bagi aku mereka semua amat penting dalam hidup aku kat UKM.

Sebab itu aku rasa amat penting aku declare. Bagi pihak mereka, Tuhan saja yang tahu. Atau mungkin..

Mungkin aku saja yang perasan lebih?

Mungkin aku saja yang perasan aku sangat penting, yang mana mereka sukar bergerak tanpa aku?

Entahlah, bagaimanapun tak mungkin aku dapat padamkan mereka dari hidup aku begitu saja. Itu satu yang aku pasti. Mungkin nanti aku berubah haluan kembali? Atau...

Apapun,

No one knows the future.

Saturday, July 17, 2010

Jika Aku Lahir Di...



Hari2 dengar X-Fresh fm, memang telinga dah lali dengan iklan2 nasihat diorang yang simple, funny tapi menusuk. Macam2 iklan yang makan dalam. Paling aku suka yang sorang mamat ni complain tak best duduk kat Malaysia. Lebih kurang camni la ayat dia,

" Aku tak sabar r nak habis study kat oversea ngan keje kat sana~! Kat Malaysia ni tak best r~~panas r~~nak pakai jaket kulit pun susah r~~!!"

Setiap kali aku dengar iklan tu, mesti aku terfikir~terbayang~ter-angan-angan (sambil gelak sebab nada dialog mamat yang cakap tu lawak),

Mesti best kan kalau duduk kat negara luar. Mesti banyak gila tempat best yang boleh pi tengok.

Kalau aku kata aku takda tempat yang teringin nak pi melawat, memang satu penipuan la namanya. Sabah Sarawak pun tak pi lagi,haha. Tapi aku selaku lelaki bebas (freeman), rasanya tak salah untuk aku berfantasi sekejap.

Dan aku mula berfantasi.

Alangkah seronoknya jika aku lahir di Itali. Spesifik lagi, di Venice pada zaman Renaissance. Dengan itu, bolehlah aku menyusuri the Grand Canal dengan naik gondola (sampan). Bolehlah aku melihat dan menikmati keindahan seni bina gabungan Byzantine dan Rom. Macam yang kat gambar bawah ni,


The Church of Santa Maria della Salute, memang lawa.


Zaman sekarang pun Milan dah jadi pusat fesyen dunia, zaman dulu lagi lah. Kalau kat Malaysia orang Melayu ni, baju tradisional yang ada fesyennya simple, tak rambu2. Tak style lah. Kalau aku tinggal kat Itali, baju2 yang penuh colour, penuh rambu dan semestinya kembang2 dan stylo memang jadi baju harian. Mungkin aku boleh pakai macam mamat bawah ni pakai?


Sekacak dan semacho aku, mahu?

Pastu
aku boleh main aci ligan kat atas bumbung ngan jiran2 tetangga. Boleh main lompat2, sembunyi2 kat atas bumbung. Lumba renang kat sungai pun boleh. Sungai2 kecik kat situ banyak, bangunan2 macam kedai, pejabat ngan rumah2 semua dekat. Mesti best kan kalau main lari2!! Boleh jadi macam mamat kat bawah ni,


Main aci ligan bersama rakan tercinta di balkoni rumah orang


Oh sudah cukup. Cukuplah fantasi takat ni. Memang cantik negara orang, tapi pepatah Melayu ada berbunyi,

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"

Selalunya, pepatah Melayu tak berbohong.

Wednesday, July 14, 2010

God is Merciful

Pembaca sekalian,

Have you ever heard the word "lifeline"?

Have you ever been being in the situation of near death? no, maybe it is too exaggerated. Or perhaps, near complete breakdown caused by the inability to control something that is really important in near future?

What hurts more is the incompetency was hugely created by, yes, there's no one else.

Created by you yourself. By your own mistakes in the past.

History is the lessons for tomorrow. People used to say "learn from the past, experience is the best teacher."

Well, those are words spoken by the positive- thinking guy. They tend to leave the more 'uninspiring' phrases. One that is well known , originally from Malay language is,

Sejarah mungkin berulang.

For me, I just did that thing. I let history repeat again, make me suffer once again. It will be foolish to think that I don't want to improvise but then things just didn't get in full motion. I could foresee the implication, but I can't quite find the motivation, the spirit to fight and resist.

And so I lose.

However, God is Merciful to His creations. He never forgets His creations, it is us who tends to ignore Him especially when life is good.

And today, God saved me once again. Saved me from the exact same problem and mistakes that I amassed before. Two times lucky is more than enough, and I don't want to make a hat- trick. The risk is too high.

I will make the most from this great escape handed by God again.Thank you, thank you and thank you. God gave me the second lifeline here. Surely, this is one big prove that

God is Merciful.

Monday, July 12, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah.

Hari ini dalam sejarah. Terasa gedik nak buat blog. Nak ada blog sendiri. Nak jadi penulis blog. Nak jadi blogger la kononnya.

Selama ni asyik tulis kat blog group, kali ni nakkan yang personal punya. Entah kenapa, cuma terasa nak ada.

Sampai mana bertahan, Tuhan saja yang tahu (dan aku yang laksanakannya)

Mungkin terlambat 3,4 tahun, mungkin lagi lama rasanya. Tapi apa aku peduli, bukannya jenayah pun.

Hari ini dalam sejarah. Iskandar Zulkarnain bin Zakaria sudah ada blog.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails